3 Cara Jual Tudung di Internet - Blog, Facebook, E-Commerce

3 Cara Jual Tudung di Internet - Blog, Facebook, E-Commerce

Saban hari, saya menerima SMS dan email bertanyakan tentang mahu memulakan perniagaan tudung. Kadang-kadang rimas juga, sebab terlalu banyak queries. Hari ni, saya akan menjawab persoalan itu.

Ramai yang tidak tahu, perniagaan tudung adalah antara perniagaan yang menguntungkan. Semestinya peniaga memang tahu perkara ini, tapi semua senyap membisu.

Kenapa?

Sebab mereka tidak mahukan persaingan. Samada tidak mahu atau takut persaingan, itu saya tidak tahu. Apa yang penting, untuk mencari duit lebih, duit tambahan secara online, jual tudung adalah antara cara menambahkan pendapatan keluarga.

Betul ke untung?

Tak percaya? Cuba beli sekodi dari mana-mana supplier dan bawa ke pejabat, kolej atau tempat kerja anda. Saya percaya, 50% tudung yang anda bawa, akan terjual. (Nak beli borong sekodi dari kami pun boleh, cuma sekarang agak sibuk dengan pemborong sedia ada. Nanti check kat bahagian Borong kalau ada updates.)

Macamana kalau tak habis?

Apa susah, boleh pakai sendiri. Selain itu, boleh juga sedekahkan pada adik beradik. Dapat pahala.

Oklah, macam mana nak start?

Sebenarnya, nak jual tudung online ni takdelah sesusah mana pun. Yang penting ialah attitude dan semangat. Kalau memanjang nak untung je, takde nak rugi, susah la. Mula2 jual, mesti ada problem. Lama2 biasa la.

  1. Jual tudung menggunakan blog – WordPress atau Blogpost
    Dua benda ni FREE je. Tak perlu bayar apa2 pun. Cuma kena belajar sedikit cara blog pakai WordPress atau Blogspot.

    Kenapa mesti WordPress dan Blogspot sahaja?
    Ini kerana ia adalah platform yang paling mudah.Tapi kalau nak lagi canggih macam SweetHijab.com, ia lebih teknikal. Kena beli hosting, beli domain dan configure sendiri. Tapi nak eksklusif kan?

    Kalau nak buat macam kami, ada sediki caj yang akan dikenakan. Boleh hubungi di Contacts.

    Fotopages?
    Fotopages pun boleh jugak. Tapi kan Fotopages tu untuk foto atau gambar. Apa hal pulak nak jual kat tempat tengok gambar? Kan lebih baik kalau buat blog elok2. Orang pun senang dan selesa nak membeli.

  2. Jual tudung menggunakan Facebook
    Semua orang ada Facebook, samada aktif atau tidak, itu perkara lain.  Anda boleh create dan set satu profile baru yang hanya menggunakan nama bisnes anda. Walaupun ia berkesan, sebenarnya ia ‘violate’ Facebook punya TOS. (Kami pun buat juga).

    So macam mana?
    Oh, senang je. Setup satu Facebook page. Semua orang boleh “Like”. Mulakan invite kawan2 dulu, lepas tu ia akan tersebar luas.  Tapi ingat, jangan ‘tag’ orang sesuka hati.

    Kenapa pulak?
    Ye, memang ada yang tanya, kenapa pulak tak boleh ‘tag’? Ini kerana adalah ‘etika’ perniagaan. Ingat orang tak menyampah ke kalau kena ‘tag’? Kita kena jugak considerate dengan orang lain. Masuk Facebook nak connect dengan kawan2, bukan dengan bisnes yang diorang pun tak minat.

    Macam mana nak cari Fan nak like?
    Oh, ye tak ye jugak. Kalau ada barang, takde orang datang tengok tak guna jugak. So, kat sini lah bermulanya kreativiti anda. Buat la contest ke, beli satu dapat sepuluh ke, kuiz ke atau apa2 je yang menarik. Takkan la kami nak bagitau semua macam mana nak buat. Itu dah kira macam consultant pulak. Boleh kena caj ni. Hehe.

    Tapi kalau anda betul2 serius, kami boleh menjadi konsultan untuk mempopularkan page anda.
    Kalau nak buat macam page kami di http://facebook.com/sweethijab, ada sediki caj yang akan dikenakan. Boleh hubungi di Contacts.

  3. Jual tudung menggunakan E-Commerce software
    Ini adalah kemuncak dalam jualan tudung. Untuk proses lebih dari 100 order setiap hari, ingat tak pening ke? Jual pakai blog, pakai Facebook tu memang boleh, tapi penatnya, Tuhan je yang tahu.

    Kenapa penat?
    Ha, belum kena belum tau. Memang la duit tu masyuk, tapi masa tu tak cukup. Kalau bujang & buat kerja jual tudung ni full-time, memang la boleh. Bayangkan kalau orang dah kahwin, buat jual tudung ni part-time, order masuk banyak gila sehari, memang tak terlayan. (Haa, mcm tu la kami).

    Tapi mahal kan?
    Depends la. Kalau boleh buat sendiri, boleh pakai yang open-source punya shopping cart macam osCommerce. Kalau nak lagi canggih, boleh guna software yang sedia ada, tapi bulan2 kena bayar la macam BigCommerce, Shopify, Volusion dan lain2.

    Malangnya, bab ni kami pun belum khatam lagi. Nanti kalu kami dah expert, boleh la kami offer expertise bagi siapa2 yang nak gunakan khidmat kami. Memang susah nak setup e-commerce site, tapi kami percaya, ia berbaloi untuk jangkamasa panjang.

    Ehem.. kami dah setup web e-commerce kami sendiri.  Lepas ni tak payah la nak booking, reserve bagai. Beli dan bayar terus. Nak tau apa web tu?

    Tunggu!…

So, yang mana satu pilihan anda? 1, 2 atau 3?

Samada anda adalah amatur atau sudah lama berkecimpung dalam perniagaan tudung, pilihan di tangan anda. Ia bergantung kepada keperluan. Jangan buat blog cincai2, tau dah buat Facebook page tapi tak aktif (kami la tu).

Apa yang penting, niat tu kena ikhlas. Setkan dalam jiwa, dalam hati, 1st priority jual tudung adalah kerana Allah. Kan dapat pahala. Jangan jual tudung sebab nak duit semata2. Kalau jual tudung, orang yang beli tudung kita pakai tudung tu, kan kita dapat share pahala dia jugak? Mudahnya dapat pahala, tapi ramai yang alpa.

P/S: Suka artikel ini, boleh kongsikan dengan kawan2 yang lain. Jangan lupa, link kan blog anda ke post ini atau ke website http://sweethijab.com.

Tudung Rozita Che Wan Online (2 Layer & 3 Layer)

Tudung Rozita Che Wan Online (2 Layer & 3 Layer)

Pernah menonton cerita “Aku Terima Nikahnya” di Astro Oasis? Mesti anda tertarik dengan pemakaian tudung Rozita Che Wan yang memegang watak sebagai Sabrina.

Bagi yang tidak tahu, “Aku Terima Nikahnya” mengisahkan Editor Majalah Anis, Sabrina yang masih belum bertemu jodoh. Sikapnya yang terlalu memilih menyebabkan dia digelar Andalusia oleh pengurusnya, Haji Salim. Sabrina seorang wanita cantik, lemah lembut dan berkerjaya. Dia juga sudah berasa tawar hati pada mana-mana lelaki selepas Anuar iaitu teman rapatnya cuba curang kepadanya.

Oh, cukup pasal cerita itu. Masalahnya, di manakah mahu mendapat tudung seperti itu? Ramai yang kata susah nak cari secara online. Ramai sangat yang suka 2-layer atau 3 layer. Ada juga yang panggil double-layer atau triple-layer.

Cari kat blogspot pun susah nak jumpa. Kalau ada pun, mahal sangat. Nak tak nak, kena pergi Jalan TAR. Kat situ aje lah yang murah sikit dan boleh cari yang jenis labuh.

Adakah Tudung Rozita Che Wan semakin mendapat tempat di hati ramai wanita Malaysia? Nampaknya, trend ini semakin popular di seluruh negara.

Kami sedang menimbang untuk menjual tudung Rozita Che Wan.

Adakah anda berminat?

Jenis Fesyen Tudung Terkini dan Terbaru

by Sweet Hijab on June 24, 2010

in Hijab,Tudung

Bosan dengan fesyen tudung anda yang kelihatan sama sepanjang masa?
Bingung nak pakai fesyen tudung yang macam mana setiap kali nak pergi dinner atau makan malam?
Tak tahu yang mana fesyen tudung yang cantik untuk majlis pertunangan dan perkahwinan?

Kini, mungkin perlu bertukar kepada fesyen yang terbaru dan terkini.
Atau mungkin jadikan artis sebagai contoh fesyen tudung yang cantik dan tampak ‘latest’.
Berikut adalah contoh-contoh koleksi fesyen terkini yang boleh anda cuba.

  • Ariani
  • Ekin
  • Siti Nurhaliza
  • Yuna
  • Aida Radzwill
  • Bienda
  • Heliza
  • Hawa
  • Fareeda
  • Farah Adeeba
  • Pearl Haya
  • Wardina
  • Syria
  • Bawal
  • Arab
  • Dubai

Selamat mencuba!

Terima kasih atas sokongan anda selama ini. Walaupun kami bermula secara kecil-kecilan, perniagaan kami telah berkembang dengan kadar yang cukup membanggakan.

UPDATE: Buat masa ini, kami tidak lagi menerima permohonan borong kerana terlalu banyak order sehingga tidak terlayan. Kami tidak dapat memberi tarikh sehingga bila belian secara borong akan dibuka semula. Dengan ini, kami membuka peluang kepada anda, pemborong2 di luar sana yang sukar mendapat pembeli, untuk berurusan dengan kami (dengan terma & syarat yang perlu dipersetujui bersama). Harap maklum dan mohon maaf atas emai / mesej yang tidak berbalas.

UPDATE 2: Sila baca cara-cara nak jual tudung di Internet di http://sweethijab.com/3-cara-jual-tudung-internet-blog-facebook-ecommerce/

Masih lagi terkial-kial mencari supplier tudung untuk menambah pendapatan keluarga?

Sila baca posting kami sebelum ini berkaitan borong tudung murah online dan pemborong tudung instant lycra syria.

Selamat berniaga!

Jika anda terlepas posting kami sebelum ini, anda boleh baca tulisan kami tentang borong tudung online dan koleksi tudung terkini dan terbaru.

Kami di SweetHijab.com buat masa ini hanya mengambil order untuk tudung instant lycra dan tudung instant syria sahaja. Jika anda ingin borong shawl / selendang, ia bergantung kepada keadaan dan stok semasa.

Sila ajukan pertanyaan anda di email kami: hello@sweethijab.com atau Contacts page.

Terima kasih atas sokongan anda!

Borong Tudung Murah Online

by Sweet Hijab on June 10, 2010

in Borong,Hijab,Tudung

Penat mencari pembekal atau supplier tudung? Dah patah hati?
Dah penat pusing-pusing di sekitar Jalan TAR (Jalan Tuanku Abdul Rahman)?

Jangan begitu, dalam bisnes memang ada pasang surutnya.
Begitu juga kami di SweetHijab.com. Kena tipu, barang tak berkualiti, barang tak sampai adalah antara rencah perniagaan kami.

Walaupun kami belum mempunyai kedai sendiri dan 100% beroperasi melalui Internet secara online, perlahan-lahan kami menawarkan tudung lycra, tudung syria dan shawl / selendang. Mungkin kami tidak setanding pemborong lain yang hebat dalam stok dan inventori mereka.

Namun, kami di SweetHijab.com percaya dengan pilihan kami. Anda boleh memilih pemborong lain, tapi jangan menyesal jika tudung borong yang anda beli tidak menepati citarasa pembeli. Akhirnya, anda yang menanggung rugi kerana stok tidak habis.

Seperti ramai tahu, kami di SweetHijab.com sangat cerewet dalam pemilihan jenis tudung dan corak tudung. Kami akan memastikan corak dan design tudung itu adalah terkini, terbaru, fresh dan yang penting mendapat sambutan hangat. Anda tidak akan rasa rugi membayar mahal sedikit, tetapi mendapat nilai atau ‘value’ yang lebih tinggi dari biasa.

Tidak semestinya anda perlu menjadi peniaga untuk membeli tudung secara borong dengan kami. Jika anda mahukan harga murah, beli sahaja minimum 10 helai. Selain itu, jika ingin beli untuk satu keluarga atau kawan-kawan di universiti, kumpul duit sama-sama dah beli di SweetHijab.com secara borong.

Mudah kan?

Jika anda berminat, hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang borong tudung murah secara online di SweetHijab.com menerusi email hello@sweethijab.com atau Contacts page.

Sebelum kami memulakan SweetHijab.com, kami lebih banyak memerhati. Ramai penggemar-penggemar tudung di Malaysia lebih berminat membeli tudung koleksi butik (contoh: Ariana, Hawa) atau tudung yang dipakai atas nama selebriti (contoh: Siti Nurhaliza, Yuna, Wardina etc)

Kami telah membuat senarai semak dan perbandingan antara kebanyakan koleksi terkenal yang ada di Malaysia ini. Sedikit sebanyak, ia dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin membeli tudung, tetapi tidak tahu ‘jenama’ atau ‘koleksi’ tudung tersebut.

Lebih-lebih lagi, ia akan mendatangkan banyak manfaat kepada mereka-mereka yang baru mula berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan tudung.

Kami hanya sekadar berkongsi maklumat yang kami ada. Semoga rezeki kita lebih berkat dan bermakna.

Antara koleksi tudung yang terkenal di Malaysia termasuk:

  • Ariani
  • Hajaba
  • De Zahra
  • Hawa
  • Pearl Haya
  • Ekin
  • Anggerik Avenue
  • AnNur
  • Al Hamrah
  • Al Jabbar
  • Assyaima
  • Barakah
  • Fareeda
  • Diena
  • Bienda
  • Farah Adeeba
  • Humaira
  • Hamidah
  • Heliza
  • Maira
  • Munawwarah
  • Nur Kasih
  • Nur Barakah
  • Nur
  • Purnama
  • Ratu
  • Sri Munawwarah
  • Sophy
  • Safura
  • Wardina
  • Yuna
  • ZnZ / Z & Z
  • Zahra

Selendang Chiffon Murah Online

by Sweet Hijab on June 9, 2010

in Selendang,Shawl

Masih lagi tercari-cari selendang (selendang in English ialah ‘shawl’) yang dijual murah secara online di Internet? Anda telah sampai ke tempat yang sepatutnya!

Di butik SweetHijab.com, kamai menawarkan pelbagai jenis selendang yang panjang dan pendek yang cantik terdiri dari jenis chiffon,sifon, sutra, syahirah,  pashmina, arab, ala-ariani, jojet, jaring, ala-hajaba, lace, labuh, labuci, plain, pelangi, putih, polka dot, untuk bertunang, untuk pengantin mengikut corak dan design yang terbaru dan terkini, khas untuk muslimah.

Namun, kami belum dapat membawa produk selendang bawal dan selendang bawal pakistan yang bidang besar atau bersaiz XXL. Online shopping adalah lebih mudah kerana semuanya hanya klik-klik sahaja.

Selain selendang/shawl eksklusif yang kami tawarkan secara retail, anda juga boleh membeli selendang secara borong dengan kami.

Selain Yuna, antara selebriti terkenal yang memakai selendang/shawl ialah Siti Nurhaliza, Wardina dan Ekin.

Nantikan stok kami yang akan datang dalam masa terdekat!

INSTANT HIJAB: MAYA

by Sweet Hijab on June 1, 2010

in Hijab

Koleksi terbaru bagi peminat instant hijab.

Terdapat pelbagai pilihan Maya hijab untuk dipilih.

All are latest design^^

Happy browsing n shopping^^

MAYA HIJAB
(exclusive series of hijab)

one for rm38 each


* Material of the hijab made from quality lycra material
* Awning can be iron and used hand wash only


* type: normal


TO PLACE UR ORDER KINDLY PLZ MSG KAT MY INBOX AT FB http://www.facebook.com/farah.sweethijab WIF UR NAME, ADDRESS, PHONE NUMBER N CODE ITEM.