3 Cara Jual Tudung di Internet – Blog, Facebook, E-Commerce

by Sweet Hijab on December 6, 2010

in Borong,Tudung

3 Cara Jual Tudung di Internet - Blog, Facebook, E-Commerce

3 Cara Jual Tudung di Internet - Blog, Facebook, E-Commerce

Saban hari, saya menerima SMS dan email bertanyakan tentang mahu memulakan perniagaan tudung. Kadang-kadang rimas juga, sebab terlalu banyak queries. Hari ni, saya akan menjawab persoalan itu.

Ramai yang tidak tahu, perniagaan tudung adalah antara perniagaan yang menguntungkan. Semestinya peniaga memang tahu perkara ini, tapi semua senyap membisu.

Kenapa?

Sebab mereka tidak mahukan persaingan. Samada tidak mahu atau takut persaingan, itu saya tidak tahu. Apa yang penting, untuk mencari duit lebih, duit tambahan secara online, jual tudung adalah antara cara menambahkan pendapatan keluarga.

Betul ke untung?

Tak percaya? Cuba beli sekodi dari mana-mana supplier dan bawa ke pejabat, kolej atau tempat kerja anda. Saya percaya, 50% tudung yang anda bawa, akan terjual. (Nak beli borong sekodi dari kami pun boleh, cuma sekarang agak sibuk dengan pemborong sedia ada. Nanti check kat bahagian Borong kalau ada updates.)

Macamana kalau tak habis?

Apa susah, boleh pakai sendiri. Selain itu, boleh juga sedekahkan pada adik beradik. Dapat pahala.

Oklah, macam mana nak start?

Sebenarnya, nak jual tudung online ni takdelah sesusah mana pun. Yang penting ialah attitude dan semangat. Kalau memanjang nak untung je, takde nak rugi, susah la. Mula2 jual, mesti ada problem. Lama2 biasa la.

  1. Jual tudung menggunakan blog – WordPress atau Blogpost
    Dua benda ni FREE je. Tak perlu bayar apa2 pun. Cuma kena belajar sedikit cara blog pakai WordPress atau Blogspot.

    Kenapa mesti WordPress dan Blogspot sahaja?
    Ini kerana ia adalah platform yang paling mudah.Tapi kalau nak lagi canggih macam SweetHijab.com, ia lebih teknikal. Kena beli hosting, beli domain dan configure sendiri. Tapi nak eksklusif kan?

    Kalau nak buat macam kami, ada sediki caj yang akan dikenakan. Boleh hubungi di Contacts.

    Fotopages?
    Fotopages pun boleh jugak. Tapi kan Fotopages tu untuk foto atau gambar. Apa hal pulak nak jual kat tempat tengok gambar? Kan lebih baik kalau buat blog elok2. Orang pun senang dan selesa nak membeli.

  2. Jual tudung menggunakan Facebook
    Semua orang ada Facebook, samada aktif atau tidak, itu perkara lain.  Anda boleh create dan set satu profile baru yang hanya menggunakan nama bisnes anda. Walaupun ia berkesan, sebenarnya ia ‘violate’ Facebook punya TOS. (Kami pun buat juga).

    So macam mana?
    Oh, senang je. Setup satu Facebook page. Semua orang boleh “Like”. Mulakan invite kawan2 dulu, lepas tu ia akan tersebar luas.  Tapi ingat, jangan ‘tag’ orang sesuka hati.

    Kenapa pulak?
    Ye, memang ada yang tanya, kenapa pulak tak boleh ‘tag’? Ini kerana adalah ‘etika’ perniagaan. Ingat orang tak menyampah ke kalau kena ‘tag’? Kita kena jugak considerate dengan orang lain. Masuk Facebook nak connect dengan kawan2, bukan dengan bisnes yang diorang pun tak minat.

    Macam mana nak cari Fan nak like?
    Oh, ye tak ye jugak. Kalau ada barang, takde orang datang tengok tak guna jugak. So, kat sini lah bermulanya kreativiti anda. Buat la contest ke, beli satu dapat sepuluh ke, kuiz ke atau apa2 je yang menarik. Takkan la kami nak bagitau semua macam mana nak buat. Itu dah kira macam consultant pulak. Boleh kena caj ni. Hehe.

    Tapi kalau anda betul2 serius, kami boleh menjadi konsultan untuk mempopularkan page anda.
    Kalau nak buat macam page kami di http://facebook.com/sweethijab, ada sediki caj yang akan dikenakan. Boleh hubungi di Contacts.

  3. Jual tudung menggunakan E-Commerce software
    Ini adalah kemuncak dalam jualan tudung. Untuk proses lebih dari 100 order setiap hari, ingat tak pening ke? Jual pakai blog, pakai Facebook tu memang boleh, tapi penatnya, Tuhan je yang tahu.

    Kenapa penat?
    Ha, belum kena belum tau. Memang la duit tu masyuk, tapi masa tu tak cukup. Kalau bujang & buat kerja jual tudung ni full-time, memang la boleh. Bayangkan kalau orang dah kahwin, buat jual tudung ni part-time, order masuk banyak gila sehari, memang tak terlayan. (Haa, mcm tu la kami).

    Tapi mahal kan?
    Depends la. Kalau boleh buat sendiri, boleh pakai yang open-source punya shopping cart macam osCommerce. Kalau nak lagi canggih, boleh guna software yang sedia ada, tapi bulan2 kena bayar la macam BigCommerce, Shopify, Volusion dan lain2.

    Malangnya, bab ni kami pun belum khatam lagi. Nanti kalu kami dah expert, boleh la kami offer expertise bagi siapa2 yang nak gunakan khidmat kami. Memang susah nak setup e-commerce site, tapi kami percaya, ia berbaloi untuk jangkamasa panjang.

    Ehem.. kami dah setup web e-commerce kami sendiri.  Lepas ni tak payah la nak booking, reserve bagai. Beli dan bayar terus. Nak tau apa web tu?

    Tunggu!…

So, yang mana satu pilihan anda? 1, 2 atau 3?

Samada anda adalah amatur atau sudah lama berkecimpung dalam perniagaan tudung, pilihan di tangan anda. Ia bergantung kepada keperluan. Jangan buat blog cincai2, tau dah buat Facebook page tapi tak aktif (kami la tu).

Apa yang penting, niat tu kena ikhlas. Setkan dalam jiwa, dalam hati, 1st priority jual tudung adalah kerana Allah. Kan dapat pahala. Jangan jual tudung sebab nak duit semata2. Kalau jual tudung, orang yang beli tudung kita pakai tudung tu, kan kita dapat share pahala dia jugak? Mudahnya dapat pahala, tapi ramai yang alpa.

P/S: Suka artikel ini, boleh kongsikan dengan kawan2 yang lain. Jangan lupa, link kan blog anda ke post ini atau ke website http://sweethijab.com.

Carian dari Google, Yahoo! & Bing:

  • CARA JUAL TUDUNG ONLINE (122)
  • jual tudung (116)
  • blog jual tudung (104)
  • cara memulakan perniagaan tudung (96)
  • cara menjual tudung online (88)
  • cara jual tudung (84)
  • veil murah (66)
  • blog tudung (58)
  • cara jual online (57)
  • blog jual tudung shawl (54)
  • cara nak jual tudung online (52)
  • cara bisnes tudung (49)
  • cara pos tudung awning (47)
  • cara pos tudung (46)
  • blog jualan online (38)
  • cara buat tudung (33)
  • untung jual tudung (32)
  • tips jual tudung online (32)
  • cara jualan online (31)
  • blog jual tudung online (28)
  • tips berniaga tudung (22)
  • nak jual tudung (22)
  • tudung blogspot (21)
  • cara nak pos tudung (20)
  • cara berniaga tudung online (19)
  • bisnes jual tudung (17)
  • cara menjual tudung secara online (16)
  • tesettür (15)
  • cara jahit tudung chiffon (15)
  • nama perniagaan tudung (13)
  • part time jual shawl (13)
  • business jual tudung (12)
  • cara membuat veil (12)
  • cara buat tudung 3 layer (11)
  • yhs-004 (11)
  • tips berniaga tudung online (10)
  • cara berniaga tudung secara online (10)
  • cara jual tudung secara online (9)
  • cara bisnes tudung online (8)
  • perniagaan tudung borong (7)

Random Posts

  • Muslimah Fashion & Muslimah Wear Shop at SweetHijab.com
  • Supplier & Pembekal Tudung Instant Syria Lycra Murah
  • Selendang Chiffon Murah Online
  • SHAWL CHIFFON
  • Koleksi Tudung Muslimah Terkini dan Terbaru 2010

{ 1 comment… read it below or add one }

izzah February 16, 2011 at 8:52 pm

ada katalog tudung tak untuk jual online

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post: